Pengumuman

Pengumuman SekolahIsnin Hari Pelepasan Am Selangor
05/05/2013 | Mohamad Hairani Sharif
article thumbnail

  Makluman Untuk Semua Ibu Bapa / Penjaga Murid SK Kebun Baharu

Ekoran pengumuman oleh Menteri Besar Selangor bahawa 6 Mei adalah Hari Pelepasan Am untuk negeri Selangor maka Sekolah Kebangsaan  [ ... ]


Pengumuman KGKTPendaftaran Prasekolah Sesi 2014
22/04/2013 | Mohamad Hairani Sharif
article thumbnail

  Pendaftaran Prasekolah Sesi 2014
Sekolah Kebangsaan Kebun Baharu


Permohonan telah mula dibuka dari 1 April 2013 hingga 31 Mei 2013 - Kelahiran 2008 (umur 6 tahun). Bagi kanak-kanak yang berumu [ ... ]


Pengumuman SekolahJemputan Ke Majlis Taklimat I-Tr1m Tahun 6.
19/04/2013 | Mohamad Hairani Sharif
article thumbnail

  Semua ibu bapa / penjaga murid-murid Tahun 6 dijemput hadir ke Majlis Taklimat Interaktif Tiusyen Rakyat 1Malaysia (I-Tr1m) untuk murid-murid Tahun 6 mengikut butiran berikut :

Tarikh : 20 A [ ... ]


Pengumuman SekolahPermohonan Pendaftaran Kemasukan Tahun Satu 2014 Dan 2015.
25/03/2013 | Mohamad Hairani Sharif

PERMOHONAN PENDAFTARAN KEMASUKAN KANAK-KANAK (WARGANEGARA) KE TAHUN SATU SESI PERSEKOLAHAN 2014 DAN 2015 SEKOLAH RENDAH NEGERI SELANGOR   Tarikh Daftar : 1 Mac hingga 30 April 2013 Masa Urusan : [ ... ]


Pengumuman SekolahSelamat Bercuti Kepada Warga SK Kebun Baharu.
22/03/2013 | Mohamad Hairani Sharif
article thumbnail

  Selamat bercuti kepada semua warga SK Kebun Baharu sepanjang Cuti Pertengahan Penggal 1 dari 23 hingga 31 Mac 2013. Sekolah akan dibuka semula untuk sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) pada 1 [ ... ]


Pengumuman SekolahJemputan Ke Majlis Bacaan Yassin Dan Solat Hajat Kali Ke-2.
21/03/2013 | Mohamad Hairani Sharif
article thumbnail

  Warga SK Kebun Baharu dan SRA Kebun Baharu dengan segala hormatnya mempersilakan semua ibu bapa / penjaga murid-murid Tahun 6 hadir ke Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat mengikut butiran berik [ ... ]


Isnin Hari Pelepasan Am Selangor
Written by Mohamad Hairani Sharif   
Sunday, 05 May 2013 07:57

 

Makluman Untuk Semua Ibu Bapa / Penjaga Murid SK Kebun Baharu

Ekoran pengumuman oleh Menteri Besar Selangor bahawa 6 Mei adalah Hari Pelepasan Am untuk negeri Selangor maka Sekolah Kebangsaan Kebun Baharu akan bercuti pada 6 Mei 2013 (Isnin). Jabatan Pelajaran Selangor telah mengeluarkan kenyataan rasmi di laman sesawangnya untuk mengesahkan perkara tersebut. Sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada 7 Mei 2013 (Selasa). Harap maklum.

Untuk maklumat lanjut sila klik :


http://www.moe.gov.my/jpnselangor

 
Selamat Hari Pekerja.
Written by Mohamad Hairani Sharif   
Wednesday, 01 May 2013 11:20

Selamat Hari Pekerja kepada semua warga kerja Sekolah Kebangsaan Kebun Baharu khasnya dan semua pekerja di Malaysia amnya....

 
Program SETULUS DUN Sijangkang Beri Input Tentang Teknik Menjawab Soalan UPSR.
Written by Mohamad Hairani Sharif   
Friday, 26 April 2013 10:09

Seramai 40 orang murid Tahun 6 SK Kebun Baharu telah berpeluang untuk menyertai Program SETULUS DUN Sijangkang di Dewan Wawasan, Kampung Medan pada 24 April 2013. Program tersebut turut dihadiri oleh murid-murid Tahun 6 dari sekolah-sekolah DUN Sijangkang.

Program tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Haji Saiful Adli bin Suhadak, Penyelaras Sekolah DUN Sijangkang. Dalam ucapannya, beliau berharap para peserta akan mengambil kesempatan yang ada untuk menimba seberapa banyak ilmu daripada program tersebut.

 
Dua Orang Murid SK Kebun Baharu Terima Bantuan Pakaian Seragam.
Written by Mohamad Hairani Sharif   
Thursday, 25 April 2013 10:20

Dua orang murid SK Kebun Baharu telah terpilih untuk menerima bantuan pakaian seragam Unit Beruniform oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kuala Langat untuk sesi persekolahan 2013. Kedua murid tersebut adalah Mohd Imran bin Rahmat (4 Mutiara) dan Alia Nurul Asyiqin binti Rohalizi (4 Delima).

Majlis penyampaian bantuan pakaian seragam itu telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Kebun Baharu, Tuan Haji Kamalul'Azam bin Mohammad. Majlis penyampaian itu telah turut disaksikan oleh guru-guru dan murid-murid Tahap Dua.

 

 
Unit Disiplin SK Kebun Baharu Anjur Kem Kepimpinan Tahap Satu.
Written by Mohamad Hairani Sharif   
Wednesday, 24 April 2013 09:12

Unit Disiplin dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid (HEM) SK Kebun Baharu telah menganjurkan Kem Kepimpinan Tahap Satu pada 23 April 2013 bertempat di Balai Islam SK Kebun Baharu. Seramai 73 orang pengawas, ketua darjah dan penolong ketua darjah Tahap Satu telah menyertai kem tersebut.

Pelbagai aktiviti telah diadakan dengan tujuan untuk meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan para peserta. Antara aktiviti yang diadakan ialah 'Ice Breaking', Simulasi Masalah dan Cara Menyelesaikannya dan ceramah "Pengawas Cemerlang Sekolah Gemilang".

 
Murid Tahun 6 Dapat Banyak Panduan Berguna Jawab Soalan Matematik.
Written by Mohamad Hairani Sharif   
Tuesday, 23 April 2013 17:11

Panitia Matematik dengan kerjasama Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR SK Kebun Baharu telah mengadakan Bengkel Menjawab Soalan Matematik UPSR pada 22 April 2013 bertempat di Balai Islam SK Kebun Baharu. Semua murid Tahun 6 SK Kebun Baharu telah menyertai bengkel tersebut.

Ceramah telah disampaikan oleh Encik Saiful Anuar bin Basran dari SK Telok Panglima Garang. Beliau juga merupakan seorang guru yang berpengalaman mengajar subjek Matematik dan juga merupakan Guru Cemerlang Matematik Negeri Selangor.

 
Pendaftaran Prasekolah Sesi 2014
Written by Mohamad Hairani Sharif   
Monday, 22 April 2013 23:06

 

Pendaftaran Prasekolah Sesi 2014
Sekolah Kebangsaan Kebun Baharu


Permohonan telah mula dibuka dari 1 April 2013 hingga 31 Mei 2013 - Kelahiran 2008 (umur 6 tahun). Bagi kanak-kanak yang berumur 5 tahun juga boleh memohon tetapi akan diberikan keutamaan kepada kanak-kanak yang berumur 6 tahun.

Borang permohonan boleh diambil di Pejabat Sekolah pada waktu pejabat (8.00 pagi - 4.00 petang).

Sila bawa dokumen berikut :

1. Surat beranak asal dan telah didaftarkan.

2. Kad pengenalan ibu dan bapa.

Warganegara asing tidak layak memohon. Borang yang telah diisi lengkap hendaklah dikembalikan sebelum 31 Mei 2013.

Permohonan lewat tidak akan dilayan.

Sekian, terima kasih.

 
40 Orang Murid SK Kebun Baharu Hadiri Program St’A’R UPSR DUN Sijangkang.
Written by Mohamad Hairani Sharif   
Saturday, 20 April 2013 18:46

 

Seramai 40 orang murid Tahun 6 SK Kebun Baharu telah dipilih untuk menyertai Program St’A’R UPSR peringkat DUN Sijangkang pada 18 April 2013. Program tersebut telah diadakan di Dewan Wawasan, Kampung Medan dan menghimpunkan hampir 300 orang murid Tahun 6 sekolah-sekolah di DUN Sijangkang.

Tiga subjek utama UPSR iaitu Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris menjadi fokus utama program itu dan tiga penceramah jemputan telah menyampaikan tip-tip penting menjawab soalan UPSR dalam tiga slot yang disediakan untuk mereka. Encik Hafiz bin Mat telah mengisi ceramah untuk slot Matematik, Encik Mohd Ridhuan bin Mat Lib untuk slot Sains dan Encik Harpal Singh untuk slot Bahasa Inggeris.

 

 
Jemputan Ke Majlis Taklimat I-Tr1m Tahun 6.
Written by Mohamad Hairani Sharif   
Friday, 19 April 2013 17:38

 

Semua ibu bapa / penjaga murid-murid Tahun 6 dijemput hadir ke Majlis Taklimat Interaktif Tiusyen Rakyat 1Malaysia (I-Tr1m) untuk murid-murid Tahun 6 mengikut butiran berikut :

Tarikh : 20 April 2013
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 - 10.30 Pagi
Tempat : Ruang Legar, SK Kebun Baharu


Terima kasih atas kerjasama tuan/puan.

 
Kolaborasi Pihak Sekolah Dengan Syarikat Nestle Diteruskan.
Written by Mohamad Hairani Sharif   
Wednesday, 17 April 2013 18:52

 

Seperti mana tahun-tahun sebelumnya, SK Kebun Baharu menerima kunjungan lori Milo yang dihantar oleh Syarikat Nestle sebagai salah satu tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat. Kali ini lori Milo telah hadir ke SK Kebun Baharu pada 16 April 2013.

Murid-murid Tahap Satu telah berpeluang untuk mendapat minuman percuma yang disediakan oleh syarikat tersebut. Kelihatan murid-murid tersebut amat gembira dengan kehadiran lori tersebut.

 

 
20 Orang Murid Terima Watikah Pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya.
Written by Mohamad Hairani Sharif   
Tuesday, 02 April 2013 13:27

Unit Bimbingan dan Kaunseling (BnK) SK Kebun Baharu telah mengadakan Majlis Pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) pada 1 April 2013 bertempat di Dataran Perhimpunan SK Kebun Baharu. Seramai 20 orang murid Tahun 6 telah menerima Watikah Pelantikan dalam majlis tersebut.

Guru Besar SK Kebun Baharu, Tuan Haji Kamalul'Azam bin Mohammad telah menyempurnakan penyampaian watikah pelantikan itu. Majlis tersebut telah disaksikan oleh guru-guru dan murid-murid Tahap Dua.

 
Kem Kepimpinan Tahap Dua Rangsang Keyakinan Diri Peserta.
Written by Mohamad Hairani Sharif   
Friday, 29 March 2013 20:42

Unit Disiplin SK Kebun Baharu telah mengadakan Kem Kepimpinan Tahap Dua pada 23 Mac 2013 yang lalu. Kem tersebut telah melibatkan 81 orang Pengawas dan 42 orang Ketua dan Penolong Ketua Kelas tahap dua.

Kem tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Guru Besar SK Kebun Baharu, Tuan Haji Kamalul'Azam bin Mohammad. Dalam ucapannya, beliau berharap semua peserta kem itu akan membawa pulang pengalaman berharga. Di samping itu, beliau mahu nilai murni yang ditanam dalam diri peserta akan dapat digunakan dalam kehidupan seharian mereka.

 
Ketua Panitia Mata Pelajaran Hadiri Bengkel Pengurusan Fail.
Written by Mohamad Hairani Sharif   
Thursday, 28 March 2013 20:00

Unit Kurikulum SK Kebun Baharu telah mengadakan Bengkel Pengurusan Fail bertempat di Makmal Komputer SK Kebun Baharu pada 27 Mac 2013. Semua Ketua Panitia mata pelajaran telah menghadiri bengkel tersebut.

Bengkel itu diadakan dengan tujuan untuk pengemaskinian fail kurikulum berdasarkan panduan Sistem Kualiti Jabatan Pelajaran Selangor. Dengan adanya bengkel tersebut maka segala maklumat dan bahan panitia telah dapat dikemaskini.

 
Jawatankuasa PIBG Mengorak Langkah Awal Kekalkan Kecemerlangan SKKB.
Written by Mohamad Hairani Sharif   
Wednesday, 27 March 2013 10:03

Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kebun Baharu telah mengadakan mesyuarat jawatankuasanya pada 23 Mac 2013 bertempat di Anjung Mashuri, SK Kebun Baharu. Ini adalah mesyuarat jawatankuasa tersebut buat kali pertama sejak mereka dilantik menerajui PIBG untuk penggal 2013-2015.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Dipertuanya yang baharu iaitu Encik Sharudin bin Selamat. Turut hadir ialah Penasihat PIBG yang juga merangkap Guru Besar SK Kebun Baharu, Tuan Haji Kamalul'Azam bin Mohammad.

 

 
Murid-Murid Tahap Dua Selesai Duduki PKSR 1.
Written by Mohamad Hairani Sharif   
Tuesday, 26 March 2013 20:51

Murid-murid Tahap Dua SK Kebun Baharu akhirnya selesai menduduki Ujian Bulanan Kali Pertama setelah bertungkus-lumus menjawab soalan-soalan ujian  selama seminggu. Ujian tersebut telah diadakan dari 15 hingga 21 Mac 2013.

Ujian tersebut hanya melibatkan murid-murid Tahap Dua sahaja kerana murid-murid Tahap Satu terlibat dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merupakan komponen Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Sepanjang tempoh ujian tersebut, murid-murid telah diuji dengan semua mata pelajaran yang telah mereka pelajari di sekolah.

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 1 of 31

Peperiksaan UPSR 2013

Hanya Tinggal
Hanya Tinggal

10 Hingga 12 September 2013

Semoga kejayaan menjadi milik kita...

Pengurusan 2013

Pentadbir SKKB

Takwim Sekolah

No events

Enrolmen Murid 2013

Pendapat Anda Tentang Web Ini






 

Login Form

Capaian Pendidikan

Pengunjung Di Talian

We have 11 guests online

Statistik Pengunjung

Kedudukan Kami

Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals

PKG Petaling Toplist web

Masa Itu Emas

Asmaul Husna

Sekolah Kebangsaan Kebun Baharu
Batu 9, Kampung Kebun Baharu,
42500 Telok Panglima Garang, Kuala Langat,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03 - 3122 8415

Faks : 03 - 3122 0500
Email: wasit@skkb.net

 

S5 Box